Cara Undian ABPBH Yang Dianggap Ketinggalan Zaman Dikritik!!
Lagi baca artikel sepenuhnya Di SINI
#April depan bakal berlangsungnya satu lagi anugerah yang cukup berprestij di Malaysia iaitu >Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH). Masih menggunakan method sama, peminat boleh mengundi artis pilihan mereka menerusi borang pencalonan yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian.
#Persoalannya sekarang masih relevan ke undian melalui surat khabar ini? Siapa je yang undi??
Artikel Terbaru : Senarai Pekerjaan Bergaji Lumayan , Tanpa Result SPM Yang Gempak !!
Klik Pada Foto Utuk Paparan Lebih jelas |
#Bercakap kepada sidang media, >Pak Nil nyata kurang senang dengan cara undian ABPBH pada masa kini yang dilihat agak lapuk dan ketinggalan zaman... Tambahnya lagi ,pihak penganjur perlu tampil dengan cara baru selari dengan kemajuan teknologi yang dah ada sekarang.
"Saya harus berpesan kepada penganjur ABPBH supaya melihat cara lain yang lebih relevan. Benda ini (cara penggundian di akhbar) mungkin berjaya di masa Eman Manan, Zainal Abidin.
Sekarang dah masuk zaman media sosial dan juga dah ada fan club. Jadi bagaimana cara nak tunjukkan yang ditatang itu adalah yang sebenar-benarnya pilihan rakyat Malaysia."
Artikel Berkaitan : Fasha Bawa Anak Nora Danish bercuti bersama Di Bangkok.
Klik Pada Foto Utuk Paparan Lebih jelas |
#Memetik laporan Mynewshub, Pak Nil mengakui >ABPBH sekarang sudah hilang magisnya disebabkan keghairahan sesetengah kelab peminat yang sanggup berhabis ribuan ringgit mengundi artis kesayangan mereka.
#Dakwa Pak Nil, andai menang sekali pun, gelaran tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia secara umumnya.
"Mereka ada fan club (kelab peminat), bukannya diundi oleh peminat di Malaysia secara umum. Peminat dia je yang keluar duit, labur duit, ditaja oleh sesuatu produk. Kalau artis itu menang, dia akan bawa nama produk itu sekali sebagai kemenangan.
Artis itu sendiri mahu ingatlah dia sebenarnya diundi oleh rakyat Malaysia atau peminat-peminat dia sahaja.
Pilihan rakyat Malaysia itu adalah populariti sebenarnya tapi kalau popular di kalangan peminat atau fan club mereka, saya rasa itu agak memberi gambaran yang salah mengenai pandangan populariti itu."
#Mungkin ada juga benarnya kata Pak Nil ni. Sebagai contoh tengok kelab peminat Amar Baharin, sanggup ‘borong’ surat khabar dalam kuantiti yang banyak bagi memastikan artis kesayangan mereka menang.
#Pendapat kami pulak , biarlah kemenangan yang diperoleh nanti setimpal dengan bakat yang dimiliki. Bukan atas faktor rupa semata-mata..
0 Response to "PAK NIL - Kritik Cara Undian ABPBH Yang Dianggap Ketinggalan Zaman !!"
Post a Comment